
Sulit
4 tahun
Pening, rasa darah turun
Hai, saya ada kawan dlm 20an yang kerap rasa macam darah turun dari kepala, dia check BP 106/72. dia kerap sakit kepala, kadang susah bernafas. maybe dia dehidrasi sebab puasa sekarang, tapi kalau nak minum air kosong nanti dia akan muntah sebab dia ada gastrik. Macam mana nak bantu dia ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg. Manakala, tekanan darah rendah yang bacaan kurang dari 90/60 dan memerlukan rawatan/pemerhatian doktor.
Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:
- Ortostatik
- Neural
- ‘Shock’
Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Mengandung
- Masalah jantung
- Anaemia
- Jangkitan kuman
Rawatan yang diperlukan adalah berdasarkan punca masalah yang rakan anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.