Sulit
6 tahun
Pening , rasa tak seimbang badan dan loya
Saya berumur 20 tahun . Saya mengalami rasa loya , pusing kepala , pandangan berpusing kabur , badan rasa melayang tak seimbang dlm 4 hari berturut . Cek tekanan darah pada awal nya 141/87 seterusnya diberi rehat 15 minit tekanan berubah 107/87 . Tp gejala pening masih terasa
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pening boleh disebabkan oleh:
- Masalah tekanan darah
- Migrain
- Benign positional vertigo (pening mengikut posisi tertentu)
- Keracunan makanan
- Tekanan air di kepala meningkat (jangkitan/ ketumbuhan dsb)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































