
Sulit
5 tahun
Pening, sakit badan, tekak dan dada
Minggu ini sy dapati badan sy penat dan pening. Pd mulanya sy ingat sy pregnant tetapi tidak. Lama kelamaan sy mula sakit tekak dan telinga berdengung. Kini sy mula sakit dada. Sy sudah pergi ke klinik utk check up dan doc sahkan sy tiada simptom covid. Perlukah sy pergi ke hospital utk test covid? Sy risau memandangkan sy mempunyai seorang bayi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda memandangkan anda mempunyai seorang bayi di rumah. Gejala yang anda alami tidak spesifik kepada COVID-19. Oleh kerana anda telah menjalani pemeriksaan di klinik, anda boleh bawa bertenang kerana gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Mereka yang berisiko tinggi sahaja akan diberi ujian COVID-19 secara percuma.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini