
aanumfatimah313
5 tahun
Pening setelah bangun dari duduk
saya berusia 45 tahun,masalah saya selepas bersenam bacaan gula saya lebih tinggi dari bacaan berpuasa. Apakah ini normal doktor?.senaman yg saya buat hanya berjln kaki selama 45 minit - sejam. Saya juga akan pening apabila bangun dari duduk. Kenapa doktor?
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Merujuk kepada pertanyaan anda, hal ini dapat dijelaskan kerana apabila anda bersenam, tubuh anda memerlukan tenaga tambahan yang mana sumbernya adalah dari gula darah, juga dikenali sebagai glukosa.
Tergantung kepada aktiviti fizikal, terutamanya apabila anda melakukan aktiviti dengan cepat, seperti pecut untuk menaiki bas, otot dan hati anda akan melepaskan glukosa sebagai bahan bakar energi tersebut. Akan tetapi, apabila anda melakukan senaman sederhana untuk masa yang lebih lama, seperti mendaki. Otot anda mengambil lebih banyak glukosa apabila anda melakukan itu. Ini membantu mengurangkan paras gula darah anda. Justeru, setelah melakukan senaman intensiti berat, tahap gula darah anda akan meningkat buat sementara waktu selepas anda berhenti.
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.