
Sulit
5 tahun
Pening sikit dan rasa kabur
Salam doktor, harini saya buat workout selepas 3 hari berhenti workout dan saya dapati saya rasa seperti pening sikit diikuti dengan mata rasa kabur sekejap. Apakah ini normal atau sebaliknya ataupun saya kurang nutrisi kerana sejak seminggu ini saya ada masalah anxiety dan memang ada rasa pening.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya ia berlaku sebentar sahaja, kemungkinan besar ia adalah kesan sementara akibat senaman yang ekstrem. Akan tetapi sekiranya gejala tidak membaik, sila rujuk ke doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.