
masitah9306
5 tahun
Pening, tak selesa badan sakit2 badan Dan telinga berdesing teruk
Sy brumur 32 tahun…sy xtau mcm mne nk terangkn status penyakit sy ni… Tp ape2 pon mmg dh teruk sgt dn tak boleh bekerja… Paling teruk bile sy telan ape2 ke minum air ke mesti sy akn jadi pening dan telinga makin teruk berdesing… Badan jadi tersgt tak selesa… Mata jadi pedih dan loya… Sdh berpuluh kali sy ke hospital tp smpai skg kpurusn msih same… Ulser gastrik… Tp sy rase ni dh that kritikal ape pon penyakit sy ni… Blh tak doktor bg pandangan ats penyakit sy ni. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan banyak perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan gula dalam darah
- jangkitan kuman pada telinga yang menyebabkan vertigo
- benign paroxysmal positional vertigo (pening yang akan muncul apabila bertukar posisi kepala)
- ketumbuhan pada telinga (acoustic neuroma)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.