
Sulit
4 tahun
Pensenyawaan Selepas Bersama
Salam Sejahtera.
Saya wanita berusia 27 dan sudah berkahwin. Berapa lama pensenyawaan akan berlaku selepas bersama? Dan pendarahan implantasi selain merah adakah ia berwarna coklat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, persenyawaan boleh berlaku sekitar 5 hari ke seminggu setelah hubungan seksual dilakukan. Selain daripada itu, pendarahan implantasi boleh memberikan warna merah pekat sehingga coklat-kehitaman. Warna tersebut hanyalah menunjukkan sama ada ia adalah darah yang baru ataupun darah yang lama. Implantasi juga boleh berlaku tanpa pendarahan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.