
fivezul88
6 tahun
Penyakit Gastrik angin
Saya sering sendawa angin. selepas makan. Apakah sebabnya? Dulu sy kerap makan pedas. boleh kah baik penyakit ini. Gavisvon dan seumpanya sy selalu ambil. Lepas beberapa jam jadi semula.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya penyakit gastrik antaranya ialah:
• Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
• Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
• Tahap stress yang tinggi pada badan
• Pengambilan alkohol berlebihan
Namun begitu terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!