
Sulit
4 tahun
Penyakit hipertiroid dan cara mengurangkan gejalanya
Sy wanita 21 thun yg mnderita pnyakit hipertiroid.pda mulanya sy tdk tau bhwa sy mnghdp pnyakit hpertiroid ini.sbelum ini sy sering merasa cemas,rsa letih yg brlebihan,rsa mls nak bgun pagi,bdan sy terasa pns tetapi suhu bdn normal,sy juga tdk tahan dgn suhu sejuk/cepat menggigil.Dua bln yg lps,sy dkjrkn ke hosptl ats sebab jntung sy berdebar debar,sakit dada dan sdikit sukar brnafas,sakit leher.tp leher sy tdk mnunjukkan pembengkakan.Apa yg sy rsau saat ini adalah,doctor yg merawat sy langsung tk bagi ubat.sy sgt trtekan dgn pnyakit hiprtiroid sy.sy mnta bntuan doc utk bntu sy mengurangi gejala2 hpertiroid ini.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah hipertiroid yang anda alami sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, rawatan yang digunakan untuk masalah hipertiroid terdiri daripada bahan yang menghalang tiroid kita untuk merembeskan hormon tiroid yang menjadi punca atas simptom-simptom yang anda alami. Namun, rawatan tersebut juga adalah berbagai dan bergantung kepada jenis masalah tiroid yang anda hadapi.
Oleh itu, pemantauan berterusan harus dilakukan untuk menggunakan rawatan yang khas untuk masalah hipertiroid anda. Ubat tersebut adalah ubat yang terkawal dan ia boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya sekiranya ia diambil tanpa pemantauan dari doktor atau kakitangan hospital yang bertauliah.
Ubat ini juga tidak didapati di farmasi kerana ia memerlukan peskripsi dan pemantauan dari pihak hospital.
Oleh itu, doktor anda tidak akan memberikan ubat tersebut untuk penggunaan ketika dirumah atas risiko-risikot tertentu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.