
nuraz2505
5 tahun
Penyakit jantung berlubang kanak-kanak
Hai,saya ingin bertanya?
Adakah badan kanaka-kanak yang menghidapai jantung berlubang kan berasa panas.Saya bertanya kerana saya melihat anak saya sering tidur waktu malam anak akan buka baju sehingga pagi.Alasan anaka,katanya panaskan.Sedang bilik saya pakai aircond.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Yang pasti, ia bukanlah satu tindakan normal untuk kanak-kanak dengan masalah jantung berlubang untuk berasa panas.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.