
norlyza91
6 tahun
Penyakit kelamin hpv
Saya wanita berusia 30 tahun dan telah berkahwin untuk kali ke dua… Pada tahun 2015 saya telah berkahwin selama 6 bulan dan bercerai di sebabkan bekas pasangan mempunyai hubungan dgn ramai wanita lain. Saya berkahwin lain pada tahun 2017 dan telah membuat ujian hiv bersama pasangan dan ujian hiv kami negative. Suami saya tidak pernah berkahwin dan melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dgn saya. Setelah setahun, saya disahkan mempunyai ketuat kelamin dan disebabkan suami telah bersama dgn saya. Kemaluan suami di jangkiti tompok2 putih. Saya dan suami telah mendapatkan rawatan dan saya telah mendapatkan suntikan vaksin hpv. Mungkin ketuat ini terjadi di sebabkan bekas pasangan saya yg dulu. Ketuat telah hilang tapi saya mempunyai kerisauan kerana saya sedang berusaha untuk hamil dan suami tidak mahu guna kondom.
Soalan saya
- Adakah saya dan suami berisiko di jangkiti HIV jika saya menghidap ketuat kelamin?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Ketuat kelamin adalah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan disebabkan oleh sejenis virus iaitu “Human Papillomavirus” (HPV).
Anda boleh mendapatkan ketuat kelamin daripada bersentuhan dengan kulit dengan seseorang yang dijangkiti, ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut. Ketuat kelamin boleh disebarkan walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj atau dubur dan tanpa berlakunya ejakulasi. Ia mungkin juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi ketika kelahiran melalui faraj, tetapi ini jarang berlaku.
Ketuat yang tidak menyebabkan apa-apa ketidakselesaan mungkin tidak memerlukan rawatan. Tetapi jika ia menyebabkan kegatalan, rasa membakar dan kesakitan, rawatan lanjut boleh diberikan. Namun begitu, risiko ketuat berulang adalah tinggi selepas rawatan. Bagi jangkitan virus itu sendiri, masih tiada rawatan lagi untuk menyembuhnya. Ketuat kelamin boleh dirawat menggunakan ubat sapu seperti imiquimod, podophyllin, podofilox, asid trichloroacetic dan sinecatechins. Ketuat juga boleh dibuang melalui teknik-teknik seperti pembekuan dengan cecair nitrogen, penggunaan arus elektrik, pembedahan dan rawatan laser.
Untuk menjawab soalan puan, penyakit HPV dan HIV adalah 2 jenis virus yang berbeza. Jadi selagi puan atau suami tidak melakukan hubungan seks dengan orang lain, kemungkinan untuk mendapat jangkitan HIV melalui hubungan kelamin adalah rendah atau tidak ada.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.