
Sulit
4 tahun
Penyakit ketika hamil
Saya sdg mengandung 2minggu dan disahkan positif hepatitis B reactiv…perlukah mengugurkan kandungan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, para wanita yang disahkan mengalami hepatitis B positif semasa hamil perlu merujuk ke doktor pakar di hospital yang berdekatan. Seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat langkah-langkah dan kaedah rawatan yang seharusnya didapatkan agar kehamilan yang sihat boleh diteruskan, selain itu, sekaligus mencegah transmisi Hepatitis B kepada anak bayi.
Untuk pengetahuan puan juga, berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Tambahan lagi, anda disarankan untuk terlebih dahulu berjumpa doktor di klinik atau hospital yang terdekat bagi mengenal pasti kehamilan dan kesihatan rahim anda. Berbincanglah dengan suami dan keluarga yang tercinta dalam menentukan langkah-langkah selanjutnya dalam menghadapi situasi seperti ini. Semoga keputusan memihak kepada anda sekeluarga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.