
Sulit
5 tahun
Penyakit kuning pada baby
anak saudara saya bacaan kuningnya tidak teratur. kadang-kadang turun…kadang-kadang naik…jadi apa yang boleh dibuat untuk menurunkan bacaan kuning ini dan seterusnya sihat daripada penyakit ini. baby umurnya 11hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal untuk berlaku pada bayi baru lahir kerana fungsi hatinya yang belum cukup matang.
Bagi merawat masalah ini, kakak/adik anda disarankan untuk menyusu badan sekerap mungkin. Susu ibu merupakan keutamaan untuk mengekalkan hidrasi bayi. Walaubagaimanapun, sekiranya susu ibu tidak mencukupi, jangan teragak-agak untuk memberi susu formula yang bersesuaian bagi mengekalkan hidrasi bayi.
Anda juga perlu memeriksa tahap bilirubin bayi secara HARIAN kerana jika ia terlalu tinggi, hal ini memerlukan rawatan lanjut di hospital besar.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.