Sulit
4 tahun
Penyakit tak sembuh2 selama 7 tahun
Salam doktor…sy lelaki berumur 32 tahun…sy mnhidap penyakit angin sudah hmpir 8 tahun…bertambah teruk skg didatangi penyakit vertigo plak…skg sy sdh btmbah teruk… Anxiety plak mnyerang dengan sgt2 teruk…tipa hari tiap mase…mcm mne sy nk mngatasi mslh ini… Sbb sy ade famly untuk di beri mkn…mkn sy slera… Berat badan pon xde turun malah makin naik… Tp anxiety buat sy selalu rase tak sihat…lesu badan… Sakit2 anggota badan dan pening 24 jam… Ni mngangu hidup sy dn sgt2 mnjadi mslah bg sy… Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda.
Masalah “Anxiety Disorder” secara umumnya, adalah penyakit yang memerlukan penilaian dan rawatan khusus yang berterusan oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Untuk makluman pihak anda, anxiety merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teurk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.



























