
Sulit
4 tahun
Penyakit yang saya alami?
Hi doktor,
Saya ibu kepada 2 orang anak. Anak 2tahun dan 5bulan.
Saya nak tanya, baru-baru ni saya sering rasa penat, tidur tak cukup dan kadang tak ingat nak makan. Saya sering sakit kepala rasa berdenyut-denyut, bahu terasa berat dan badan sengal-sengal. Baru sebentar tadi tangan kanan mengeletar dan rasa nak pitam. Kadang saya terfikir untuk bunuh diri. Berdasarkan ciri ciri ni apakah penyakit yang sedang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang permasalahan yang dialami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pelbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- Tekanan emosi
- Kemurungan
- Keresahan
- Masalah gangguan hormon
- Kurang rehat
Dalam situasi pandemik sebegini, kemungkinan besar anda mengalami tekanan emosi dari persekitaran yang menyebabkan anda menghadapi gejala ini. Saya menasihatkan anda untu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Elakkan diri anda daripada mencederakan diri sendiri. Sekiranya anda rasa untuk bunuh diri, fikirlah berkali-kali kerana keputusan sebegini sangatlah tidak patut diambil. Sila hubungi talian organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, anda boleh alihkan perhatian anda dan lakukan perkara berikut:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.