
Sulit
5 tahun
Penyebab payudara sakit
Assalamualaikum dktr. Saya telah mengalami sakit payudara bermula dari bulan 6 2019 sehingga skrg… Apa penyebabnya dktr? Saya tak ambil sbrg ubat perancang dan untuk pengetahuan dktr sy sdh tidak haid slma 2 bulan… Tetapi logik ke sbb saya sakit breast dah 4bulan sdgkan saya baru 2 bulan tak haid… Dah test UPT kat klinik naik 2 line positif, 1line samar… Tetapi nurse kata -ve, saya repeat kat rumah sendiri dan hasilnya -ve… Saya memang dah tunggu lama nak ada zuriat… Mohon jawab soalan saya doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit payudara yang anda alami boleh disebabkan:
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan dan benjolan pada payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.