
Anonymous
6 tahun
Penyebab upt negetif
Saya mengalami haid yang sedikit dan bertompok. Tetapi sejak akhir akhir ini saya mengalami simptom simptom hamil seperti sakit pinggang, mudah letih, mual, keputihan berlebihan, dan paling ketara adalah payudara makin membesar, gatal sekitar payudara dan areola semakin menghitam. Tetapi keputusan air kencing menunjukkan tidak hamil. Berulang kali saya check untuk kepastian, saya menggunakan upt yang berbeza setiap kali check dan saya telah mengikut arahan yang betul. sehingga bulan ini saya masih check ujian air kencing tetapi tetap tidak menandakan saya hamil. Adakah saya ni dikategorikan hamil juga? boleh tak doc nyatakan kenapa ujian air kencing selalu negatif tetapi simptom hamil saya alaminya.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat dua kemungkinan terhadap simptom yang anda alami. Pertama adalah anda hamil tetapi tidak dikesan oleh ujian kehamilan yang anda lakukan atas faktor-faktor tertentu, kedua adalah simptom-simptom yang anda alami adalah disebabkan oleh masalah lain.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ujian kehamilan negatif walaupun anda mengandung. Antara sebab-sebab tersebut adalah:
- Kehamilan dalam fasa awal. Pada ketika ini paras hormon adalah masih rendah dan tidak dapat dikesan oleh alat ujian kehamilan.
- Teknik yang anda gunakan ketika menggunakan alat ujian kehamilan tidak tepat atau salah
- Alat ujian kehamilan yang digunakan rosak atau telah terlalu lama
- Anda mengalami kehamilan ektopik iaitu kehamilan di luar rahim
- Anda mengalami kehamilan kembar. Ini menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Sekiranya anda tidak mengandung, simptom-simtom yang anda alami mungkin adalah berpunca daripada masalah kesihatan lain sama ada dari payudara anda, masalah pada rahim atau ovari dan lain-lain. Oleh itu anda haruslah merujuk kepada doktor untuk mengesahkan keadaan anda. Anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lebih mendalam serta pemeriksaan dapat dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.