
knisa9282
5 tahun
Peranakan kecil memberi kesan pada haid atau kehamilan ke?
Saya nisa berusia 22 tahun belum berkahwin. Saya pergi berurut pada hari isnin minggu nie, tukang urut kata peranakan saya kecil adakah akan memberi kesan pada haid atau kehamilan saya jika saya sudah berkahwin nanti.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terlebih dahulu, pakar perubatan membuat sebarang keputusan setelah pemeriksaan fizikal dibuat. Pihak kami merujuk kepada bahan bacaan saintifik sahaja. Kaedah tradisional tanpa kajian saintifik yang kukuh tidak dapat dijadikan sebagai bahan bukti status kesihatan seseorang. Selain itu, bagi wanita hamil, pakar kesihatan wanita tidak cadangkan anda untuk mengurut secara tradisional.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.