
Sulit
4 tahun
Perasaan akan mati, stres, takut, memikirkan hal tersebut siang malam pagi dan petang. Kebimbangan melampau
Hi doc! Sy remaja 18 tahun, sejak oktober 2020 sy tiba-tiba dihantui perasaan akan mati hingga saya berasa stres dan takut melampau. Kemudian pada awal februari, sy mula melupakan hal tersebut namun tidak lama, ianya muncul kembali. Pernah sekali sy seperti mengalami gangguan seakan panik. Sy juga sering mengalami muscle twitching. Tapi saya tidak mengalami sesak nafas, degupan jantung laju dan lain-lain. Saya stres memikirkan hal ini. Apakah masalah saya sebenarnya, adakah ini masalah mental? Tapi saya tidak mengalami simptom fizikal, hanya mental yang huru hara. Saya takut, stres dan bimbang memikirkan hal ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Ketidakseimbangan hormon
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana perkara ini berlarutan dan mengganggu kesihatan mental dan aktiviti harian anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.