
Sulit
3 tahun
Perasaan benci diri sendiri
saya berusia 40 tahun. saya sering menangis sendirian.saya cederakan diri dengan kelar2 tangan sampai satu tahap rasa nak bunuh diri. saya merasa kan orang sekeliling saya tidak jujur membuat kan saya rasa sedih selalu. kadang2 saya menjadi takut.dengan keadaan suami tidak sentuh saya tanpa sebab…saya jadi benci diri saya sendiri.boleh dikatakan setiap hari saya menangis bila memikirkan semua itu. adakah saya patut berjumpa pakar untuk dapatkan rawatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda menerangkan tentang keadaaan diri anda yang sering menangis dan mencederakan diri serta pemikiran yang sentiasa sedih. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah gangguan emosi seperti kesedihan yang berlanjutan serta perbuatan mencederakan diri adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh membahayakan diri anda dan juga orang lain. Masalah yang melibatkan emosi adalah sesuatu yang sensitif, namun ia tidak mustahil untuk dirawat.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mendapatkan rawatan. Sekiranya anda mempunyai pemirikan ingin mencederakan diri atau berasa terlalu sedih, anda boleh hubungi talian sokongan untuk membantu anda.
Talian Kasih hotline di 15999 atau WhatsApp 019-2615999.
Befrienders di talian - 03 - 76272929
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih