
Sulit
3 tahun
Perasaan takut mati dan sukar untuk ditenangkan
Saya perempuan berusia 23 tahun. Sejak tahun lepas bulan 5 macam tu. Saya merasa diri saya sukar untuk bertenang dan degupan jntung saya berdegup agak laju.Perkara ini mula berlaku apabila saya menerima khabar bahawa kawan yang sebaya dengan saya meninggal dunia akibat serangan jantung. Saya mula dihantui rasa takut mati. Hal ini menyebabkan diri saya cepat overthinking hal2 yang tak pasti seperti kematian. Kadang-kadang saya tak dapat nak tido malam kerana saya takut bila saya tido saya tak akan dapat bangun lagi sehinggakan degupan jantung saya laju sangat2.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda iaitu berasa sukar untuk bertenang, degupan jantung laju dan fikir kematian. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala sebegini perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan fobia atau penyesuaian diri
- gangguan kesihatan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Kami menyarankan anda untuk segera rujuk permasalahan ini di hospital agar pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan dan diagnosis tepat dapat dibuat.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.