
Sulit
3 tahun
Perasaan yang tidak terkawal dan stress
saya seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.baru baru inii saya berasa sangat stress.saya merasakan bahawa tiada orang yang memahami saya.Saya mempunyai seorang kakak yang tidak pernah memahami saya dia hanya mahu orang ikut segala kata kata .Baru baru ini saya rasa tak semangat untuk melakukan segala perkara terutama sekali belajar.saya merasakan bahwa tiada orang akan menghargai saya jika saya berjaya.saya rasa saya ingin larikan diri daripada semua orang.saya sangat mudah menangis bila berseorangan dan saya tidak suka berjumpa dengan orang walaupun keluarga saya.adakah saya mengalami depression?apakah yang perlu saya lakukan?perlukah saya membeli apa apa ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, fobia dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada befrienders di talian 03-79568145 ataupun talian kasih dengan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.