
Sulit
4 tahun
Perbezaan antara RT-PCR dan RTK-Antige
Salam doktor, saya Fahmie bertugas sebagai wartawan berita rtm.
Disini saya ingin mendapatkan penjelasan sedikit daripada doktor,
- Apakah perbezaan antara RT-PCR dengan RTK-Antigen ?
- Dari segi keputusan, yang mana lebih tepat ?
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami maklum bahawa anda ingin mengetahui perbezaan antara RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) serta yang mana yang lebih tepat dari segi keputusan ujian. Baiklah, kami akan cuba menjelaskan kepada anda serba sedikit mengenai hal ini.
Untuk makluman anda, RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) adalah dua jenis ujian yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengetahui seseorang itu dijangkiti penyakit atau tidak.
- RT-PCR.
Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction. Melalui ujian ini, kita boleh mengesan secara terus virus yang ada dalam badan pesakit. Sekiranya pesakit positif ujian ini, bermaksud mereka telah dijangkiti virus tersebut. Ujian ini mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk mengetahui keputusan. Sampel biasanya diambil dengan kaedah nasopharyngeal swab.
- RTK-Ag
Rapid test kit sebenarnya mempunyai dua jenis ujian sama ada untuk mengesan antigen atau mengesan antibodi, dikenali RTK-Ag atau RTK-Ab. Untuk RTK-Ag, ia akan mengesan antigen dalam badan seseorang. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Ujian ini juga boleh mengesan virus tetapi tidak sesensitif RT-PCR. Positif ujian RTK-Ag (BUKAN RTK-Ab) bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Ujian ini mengambil masa lebih singkat lebih kurang 45 minit untuk ketahui keputusan.
Keputusan RT-PCR adalah juga lebih tepat berbanding ujian RTK dan merupakan gold-standard diagnostic test bagi jangkitan COVID-19.
Tekan link ini untuk ketahui lebih lanjut tentang RTK-Ag melalui KKM.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.