Sulit
3 tahun
Perbuataan yang tidak normal
Assalam dan selamat petang doktor saya ingin bertanya ayah saya berumur 74.sejak 3hari dia ingin makan tuala dan makan cawan adakah itu tanda nyanyok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala penyakit nyanyuk atau demensia adalah seperti berikut:
Sifat pelupa terhadap maklumat yang baru diterima
Keliru tentang masa dan tempat
Kurang atau lemah dalam pertimbangan
Kesukaran melakukan kerja yang biasa dilakukan
Kesukaran berkomunikasi dan memahami maklumat
Kesukaran merancang atau menyelesaikan masalah
Tersalah meletak barang
Menarik diri daripada kerja atau aktiviti sosial
Perubahan dalam ragam atau tingkah laku
Perubahan dalam personaliti
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.