
Sulit
5 tahun
Percutian ke dalam negara adakah dibolehkan atau tidak digalakkan
Saya dan sekeluarga dari perak merancang untuk bercuti ke terengganu pada minggu ini selama 5 hari. Adakah ianya boleh diteruskan atau seharusnya ditangguhkan dahulu.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang berlaku sekarang, adalah digalakkan untuk anda menghadkan percutian terutamanya ke tempat yang sesak atau ke luar negara. Walaubagaimanapun, pihak staf kesihatan tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan atau menyekat kebebasan rakyat di negara ini untuk berjalan atau bercuti ke kawasan percutian di dalam negara. Untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini