
Sulit
3 tahun
Pergelangan tangan sakit
ibu saya berumur 52 tahun selepas mengambil dos ke 2 sinovac pada 13/07/2021 pergelangan tangan ibu saya terasa sakit bila disentuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebibangan anda terhadap efek samping vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada vaksin Covid 19 adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, jika anda mengalami gejala selain daripada di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini