
Sulit
3 tahun
Pergerakan bayi apabila air ketuban berlebihan
Hi, saya wanita berumur 31 tahun, dalam 30 minggu kehamilan, saya dapati air ketuban saya berlebihan iaitu 23.8. dan pergerakan bayi kurang terasa. dan saya scan mengunakan doppler, dengupan jantung bayi terasa tetapi saya tidak rasa pergerakan bayi. dan jikalau terasa hanyalah bergerakan minimal sahaja. saya sudah merujuk kepada pakar tetapi saya juga ingin mendapat sedikit pendapat doktor kerana hari hari saya sekarang ni hanya risaukan keadaan bayi dalam kandungan. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, keadaan air ketuban berlebihan juga dikelani sebagai Polyhydramnios. Komplikasi keadaan ini adalah:
- Dispnea ibu (kesukaran bernafas)
- Kelahiran pra-matang
- PPH
- PPROM
- Jangkitan salur kencing
- Tali pusat prolaps
- Masalah darah tinggi kehamilan
Berdasarkan senarai di atas, pergerakan kandungan yang kurang bukanlah komplikasinya. Jika kandungan anda sebelum ini kurang bergerak sehingga sekarang, anda tidak perlu risau.
Anda hanya perlu risau jika kekerapan pergerakan tersebut berkurang atau mengambil masa lebih lama daripada sebelumnya. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.