
mhdazlan.azman
3 tahun
Pergerakan kepala semasa mahu tidur
Hi doktor,
Anak saya berumur 4 bulan. Saya mendapati semasa anak saya mahu tidur, dia akan menggerakkan kepala kekiri kekanan dengan kuat sehingga la dia tertidur. Dan sekiranya dia tersedar antara tidur, dia akan buat perkara yang sama. Kebiasaannya kami akan tidurkan di atas baby rocker. Adakah perkara ini normal?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya pergerakan bayi yang abnormal boleh menandakan
- leher bayi masih perlu di sokong sepenuhnya
- keupayaan bayi yang masih belajar pergerakan tubuh
- atau gangguan otot & saraf yang memerlukan pemeriksaan doktor
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar penilaian yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.