
Sulit
3 tahun
Perhubungan intim semasa mengandung
Usia kandungan 13 minggu. Selepas melakukan hbgn intim bersama suami saya dapati ada brown spot bersama lendir spotting. Saya di preskrip ubat dydrogesterone. Bagaimana harus saya lakukan lagi selain mkn ubat ini supaya spotting ini berhenti dan kandungan saya selamat? Adakah memang tidak boleh bersama suami spjg kandungan shingga lahir? Tq doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, hubungan seksual ketika hamil adalah selamat bagi wanita yang tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung. Namun begitu, sekiranya terdapat risiko seperti keguguran, masalah posisi uri dan masalah-masalah lain yang menyebabkan kehamilan berisiko, anda mungkin memerlukan rujukan bagi menentukan sama ada hubungan seksual boleh dilakukan tanpa menjejaskan kandungan.
Oleh itu, anda boleh merujuk perkara ini dengan lebih lanjut bagi mendapatkan jawapan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.