
anim5164
5 tahun
Period 15hari tetapi check upt positif
Selamat tengahari doktor…saya wanita berusia 33tahun mempunyai seorang anak berumur 1tahun 3bulan…bersalin melalui kaedah czer…7hb baru ni saya datang period selama 15hari…normal period saya dalam 5/6hari sahaja…hari ke10 period saya try check upt naik double line…tapi samar2…saya guna clearblue pregnancy test pun tetap tulis pregnant…22hb sy try pergi klinik swasta untuk scan…doktor cakap saya tak pregnant sebab tidak ada kantung baby…cyst dan fibroid jugak tidak ada…saya nak tanya doktor adakah sebab hormon bila check upt positif atau pun saya memang pregnant…bila waktu yang sesuai saya perlu check upt atau scan lagi sekali untuk pasti kan saya betul pregnant atau tidak…terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kebiasaannya, apabila wanita datang haid, hal ini menandakan tiada kehamilan yang berlaku melainkan pendarahan itu kelihatan seperti spotting yang normal berlaku pada waktu implantasi kehamilan.
Pihak kami ingin memastikan puan menggunakan UPT dengan betul. Sila klik link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT (Ujian kehamilan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.