
Sulit
4 tahun
Period 3 hari saja normal ke
hi assalamualaikum doktor… saya 9/4 jumpe opk positif… kelmarin turun darah mcm period tapi x banyak… kalau sebelum ni tgh hari dh penuh pad… campur ketulan… skrng sy xde… skrng sy hanya 1-2 separuh saje darah… harini sebesar 50sen dan nampak coklat tereng sikit… saya sedang sakit kepala… pitam… sebab apa ye doktor… sbb period x normal atau itu ada lah implantation bleeding?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sukar untuk kami katakan sama ada pendarahan yang dinyatakan oleh anda adalah disebabkan implantasi ataupun tidak. Sejarah penuh dan lebih mendalam tentang kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda mempunyai gejala kekurangan darah yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Lemah dan lesu badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Dada berdebar
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda menunjukkan gejala seperti pitam dan sakit kepala.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.