
Sulit
5 tahun
Period atau penyakit?
Anak saya hanya keluar darah maaa kencing, tapi bila pakai pad kosong. Adakah ini period atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada ianya disebabkan oleh haid atau kencing berdarah.
Sekiranya dia juga mengalami masalah seperti sakit ketika kencing, kerap kencing, kencing tidak lawas, sakit pada bahagian perut atau pinggang ia berkemungkinan merujuk lebih kepada masalah saluran air kencing.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.