
Sulit
3 tahun
Period awal 10 hari
hai doc, saya wanita 21 tahun. last period saya 26/12 hingga 30/12. cycle saya adalah 31 hari. tapi untuk bulan ni dan hari ke 21 saya dah period. saya period awal 10 hari. adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan