
Sulit
5 tahun
Period bercampur lendir dan darah cuma 2 hari
sya wanita berumur 35 thn…biasanya sya period 4-5 hari dan darah byj… sehari kena tukar 3-4 pad utk 1st day… tapi march tuu sya period awal 4 hari tpi sya period bercampur lendir dan darah warna coklat pun 1 pad tak penuh utk 1 day… seminggu tuu perut sya sellu cramp sakit2 mcm nak period… Lepas tuu dalm beberapa hari ini perut sya sakit, pinggang sya sakit, subuh2 begitu selalu sya nak muntah dan pening2 kepala dan sya check air kecing pun negative juga … Sya ingatkan mungkin sebab sya dah nak period tapi tak juga period … date dah sampai period cuma keputihan lendir mcm subur pula… apa masalah yg sya tengah hadapi doktor… blh bantu sya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.