
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan selepas 3bulan TIDAK DATANG period
SAYA BERUMUR 31 TAHUN,TELAH BERKAHWIN 5TAHUN,MASIH BELUM ADA ANAK,PERNAH KEGUGURAN SEBANYAK 2KALI.SELEPAS KEGUGURAN KE 2 PERIOD SAYA MULA TIDAK REGULAR.MAKIN KURANG DATANG PERIOD SEHINGGA PERNAH HAMPIR 5-6BLN TIDAK PERIOD.
1HB OKTOBER, SAYA MULA I DATANG PERIOD SELEPAS 3BULAN TIDAK DATANG,TAPI SEKARANG SUDAH HARI YANG KE 15 ,DARAH MASIH BANYAK,WARNA MERAH,SESEKALI ADA DARAH BEKU YANG KELUAR.
TIDAK ADA APA-APA YANG SAKIT. CUMA SAYA BIMBANG PERIOD TIDAK BERHENTI.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah haid yang datang selepas tiga bulan tidak haid boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada vagina, serviks, rahim ataupun lubang faraj.
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infecitons )
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Keradangan rahim akibat jangkitan
- Penggunaan pil perancang
- Kanser rahim, serviks, atau ovari.
- Keguguran jika anda hamil atau telah bersama pada masa yang terdekat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Haid tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah golongan wanita yang sihat, sekurang-kurang nya sekali dalam seumur hidup mereka. Haid yang berbau ini mungkin ditafsirkan sebagai darah yang mempunyai jangkitan kuman, ataupun sebagai darah haid yang telah lama terkumpul dalam rahim.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah dengan melakukan ujian kesihatan dan siasatan yang berkaitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.