
Anonymous
5 tahun
Period Coklat cair dan sedikit
Saya berusia 23 tahun.belum berkahwin. Period dua tiga bulan ni selalu tak teratur. Tapi bulan ni sakit perut mcm segugut tapi darah tak ada. Bila kecing macam ada keluar sikit coklat. Kalau pegang di bahagian vagina ada sikit coklat2 kat jari tapi bila pakai pek tiada langsung. Kenapa ya dokter. Saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid coklat. Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.