
Sulit
4 tahun
Period dah habis sakit perut kanan
doktor saya period 3 hari… tak banyak seperti period…
hari Ketiga period terus sikit mcm 50sen besar… darah merah cerah campur coklat terang… pastu sy 1st day period pitam, mual… kalau malam terus sakit kepala… perut kanan sy pun tgh sakit… sy sakit apa ye doktor… period atau implantation baby tgh membesar?? tapi upt sy negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kerisauan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan yang betul .
Untuk mengetahui punca sebenar, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Berkenaan dengan ujian kencing kehamilan (UPT), kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan. Ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil.
Selalunya wanita dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.