
Sulit
4 tahun
Period dan perut sakit mengeras
Saya lewat haid 5 hari. Kemudian saya haid. Saya memang selalu senggugut tapi bulan ini sakit yang teramat sangat. Perut dan bahagian peranakan saya sakit sangat. Rasa macam dikorek korek isi perut dan peranakan saya. Perut saya mengeras dan sakit bila ditekan. Saya rasa lembik dan loya. Saya muntah tapi tak banyak. Rasa sakit tu sampai tahap saya menggigil. Lutut rasa lenguh sangat. Sepanjang saya period, saya tak pernah rasa sakit seperti ni. Ini kali pertama jadi macam ni. Tolong bantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- perubahan hormon
- endmetriosis
- fibroid dalam rahim
- jangkitan pada organ reproduktif
- adenomyosis
Anda boleh mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan kesakitan seperti:
- menggunakan pad panas
- memandi dengan air pada suhu yang suam
- bersenam selalu
- memakan makanan yang lebih berkhasiat
- memakan vitamin
- kurangkan pengambilan gula dan kaffein
Namun begitu saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!