Anonymous
6 tahun
Period datang 2 kali sebulan
Salam doctor. Saya berumur 30 tahun dan telah berkahwin pada pertengahan bulan 12 tahun lepas. Untuk bulan 12 hingga 2 haid saya normal. Tetapi untuk bulan ini haid saya telah datang untuk 2 kali. Kali pertama pada 1/3 hingga 7/3 dan 19/3 hingga ke hari ni. Pada permulaan selasa lepas haid saya berwarna hitam kelabu tapi start hari ahad hingga hari ni warna hitam bercampur dgn darah. Selain tu, saya juga mengalami perut seperti berangin, kadang2 sakit di bahagian perut, sakit pinggang, sakit belakang dan sakit hulu hati. Adakah sebab hormon haid saya datang 2 kali ataupun ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, mungkin anda mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Perubahan kitaran haid anda boleh berlaku akibat masalah hormon, masalah kesihatan lain atau masalah struktur rahim, ovari atau cerviks. Antara puncanya adalah:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Jadual harian yang sibuk
- Perubahan jadual harian
- Terlibat dengan aktiviti lasak atau kegiatan sukan yang berat
- Masalah berat badan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Penggunaan pil, suntikan perancang atau alat perancang kehamilan yang lain
- Masalah struktur rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah ini agar punca sebenar dapat diketahui serta rawatan yang tepat dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga.Terima kasih.


























