
Sulit
2 tahun
Period datang 3 hari sahaja
Hi doctor saya berumur 25 tahun saya ingin bertanya period saya every month regular tak pernah missed cuma datang cuma 3 hari sahaja. Adakah itu normal atau saya perlu risau takut ada gejala lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, haid yang biasa dialami oleh kaum wanita adalah dari tempoh 4 hingga 10 hari. Memandangkan anda mengalami haid selama 3 hari, regular dan tidak mengalami gejala lain seperti sakit pinggang, sakit perut, pendarahan sewaktu/ selepas bersama dengan suami, kurang selera makan dan sebagainya, kemungkinan ia adalah normal.
Walaubagaimanapun, jika anda mengalami gejala seperti yang kami nyatakan diatas, anda perlu segera mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.