
Sulit
3 tahun
Period datang awal 1 minggu
hi…saya wnita 20an…saya telah habis period pada 3/10 selepas itu period saya datang kembali pada 24/10…period saya kalau nk diikut kn telah dtg awal seminggu…adakah itu menunjukan period saya sdah tidak teratur atau disebabkan oleh faktor2 lain seperti penyakit atau hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami masalah anda tentang haid yang awal seminggu dan kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kedatangan haid yang awal boleh berpunca daripada:
- Hormon tidak stabil
- Tekanan fizikal/emosi
- Pemakanan tidak seimbang - terlebih/terkurang makan
- Berat badan -lebih berat/ kurang berat
- Penggunaan pil perancang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda boleh berhubung dengan doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan