
Sulit
5 tahun
Period datang dan berhenti, kemudian datang semula
Saya wanita berumur 20’an dan sudah berkahwin. Pada 4/8 saya period seperti biasa tapi darahnya warna merah coklat dan sangat sedikit, kemudian darah coklat tersebut berhenti pada 6/8. Saya menyangkakan ianya spotting tetapi apabila saya membuat UPT ianya negatif. Pada 14/8 saya period semula. Kali ini darahnya merah tapi tetap sedikit sampai harini 19/8 darahnya masih tidak berhenti. Adakah saya mempunyai sebarang penyakit ataupun ianya normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak menentu yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.