nur.izzatyjoe
6 tahun
Period datang dua bulan sekali
Hi, saya wanita yang berusia 27 Tahun, berbadan besar. saya dah berkahwin dalam 2 tahun setengah. Tahun pertama berkahwin period saya datang tiap bulan. masuk tahun kedua priod saya mula tak lancar dan period datang dalam 2 bulan sekali. Contohnya last period May, tapi untill July pun belum datang lagi.
Saya belum ada zuriat. Jika period tak datang every month bahaya tak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah haid lewat atau haid tidak teratur. Antara penyebab gejala ini adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk makluman anda, masalah ini boleh menyebabkan kesukaran untuk merancang kehamilan kerana kitaran yang sukar dijangka. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























