
Anonymous
5 tahun
Period datang dua kali
Hi sy ada masalah sebulan ada 2x datang period. Mengapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid tidak teratur, selain daripada punca stress:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Anda disarankan untuk mendapatkan second opinion daripada doktor kami untuk mengetahui punca yang menyebabkan haid tidak teratur dalam situasi anda. Sekiranya anda mengalami ketidak selesaan yang teramat disebabkan haid anda, anda boleh dapatkan rawatan untuk menyelaraskan kitaran haid anda.
Untuk konsultasi yang selanjutnya, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.