
Sulit
3 tahun
Period datang selepas habis period
Sy wanita berumur 24thun . Mengalami period tidak teratur…baru hbis period selepas 5hari d

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, puan amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut memandangkan puan berasa keliru dan risau.
Kami berharap ini dapat membantu puan.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.