
Sulit
4 tahun
Period dua kali sebulan adakah normal?
Hi saya mendapati period saya datang dua kali sebulan. contoh 25/9 saya mengalami senggugut yang sangat teruk. haid datang selama 3-4 hari tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.Selepas 4 hari haid berhenti, dan datang semula pada 8/10. Darah yang keluar berbau seperti darah haid tetapi sangat banyak, jugak dalam 3-4 hari.Persoalan saya adakah ianya normal atau ada penyakit tertentu? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah haid yang datang dua kali dalam sebulan ataupun haid yang tidak teratur yang disertakan haid yang berbau pada kali kedua boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada vagina, serviks, rahim ataupun lubang faraj.
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infecitons)
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Keradangan rahim akibat jangkitan
- Penggunaan pil perancang
- Kanser rahim, serviks, atau ovari.
- Keguguran jika anda hamil atau telah bersama pada masa yang terdekat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Haid tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah golongan wanita yang sihat, sekurang-kurang nya sekali dalam seumur hidup mereka. Haid yang berbau ini mungkin ditafsirkan sebagai darah yang mempunyai jangkitan kuman, ataupun sebagai darah haid yang telah lama terkumpul dalam rahim.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda yang berdekatan bagi mengetahui punca masalah dengan melakukan ujian kesihatan dan siasatan yang berkaitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.