Sulit
5 tahun
Period flow tidak normal
Saya berusia 29tahun dan baru berkahwin setahun. Sebelum bkahwin sy sudah mgalami period tidak teratur. CD sy paling lama 52hari dan period flow sy normal.Tetapi period flow sy bulan ni agk pelik sebab pd cd1 hingga cd4 hanya spotting dan cd5 agk light flow dan pd cd6 kmbali spotting. Saya sudah membuat UPT di rumah dan keputusannya -ve sebelum period dtg. Adakah normal doktor jika sy alami pekara ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah yang berikut untuk mengurangkan masalah yang anda hadapi:
- Pengurangan berat badan
- Kawalan diabetes
- Pengambilan pil hormon
- Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























