
Anonymous
5 tahun
Period habis malam tu bersama dlm ms 1 selepas bersama sy mengalami kerap buang air ..perut mengeras adakah mengandung
hari habis period sy bersama…skrg selepas 1 minggu sy mengalami kerpa kencing,rahim mcm mengeras adakah sy sedang mengandung…sbb waktu bersama tempoh hari belum waktu subur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang disebutkan diatas boleh berpunca daripada:
- Kehamilan
- Jangkitan penyakit radang pelvis
- Jangkitan saluran air kencing
- Minum air terlalu banyak
- Diabetes
Sekiranya perkara ini berlanjutan dan memberi masalah kepada kehidupan seharian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.