
Sulit
3 tahun
Period kadang2 konsisten kadang2 tak konsisten
Haii Dr …Saya nk Tanya ,kenapa Saya punya period akan consistent setiap bulan kalau Saya melakukan sex bersama suami …jika Saya tidak melakukan sex bersama suami period Saya tak dtg dlm sebulan…adakah Saya Ada masalah saluran period Saya tu tersumbat ? Saya pernah melakukan operation appendix dan badan pun selalu masuk angin…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan pertanyaan anda kepada pihak kami.
Kami faham bahawa saat ini anda bimbang akan kitaran haid anda yang kadangkala tidak konsisten. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.