
Sulit
5 tahun
Period keluar dalam kuantiti yang sedikit
Hi…saya evelyn…bulan lepas haid saya keluar dalam kuantiti yang sedikit seperti titisan darah sebesar telunjuk ibu jari…selain itu ianya akan keluar pada waktu siang sahaja…jika malam sya pakai pad,tiada sebarabg darah yang keluar…kalau pagi saya hanya pakai panty sahaja,itupun panty tidak penuh dengan darah…saya takut kenapa terjadi seperti ini sebab tak pernah terjadi sebelum ini…doktor,please help me…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan haid yang sedikit boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.